Search This Blog

05 June, 2010

Apakah itu cinta?




Mereka yang tidak menyukainya menyebut tanggungjawab,
Mereka yang bermain dengannya meneyebut permainan,
Mereka yang tidak memiliknya menyebut impian,
Mereka yang mencintai menyebut takdir.

Tuhan yang mengetahui yang terbaik,
Akan memberi kesusahan menguji kita.
Kadang akan melukain hati kita,
supaya hikmat-Nya boleh tertanam dalam.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya.
Alasan yang sulit untuk kita mengerti,
namun kita tetap harus percaya bahawa,
Dia mengambil sesuatu,
Dia telah sedia memberi yang lebih baik.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dulu.

Pada akhir,
Lebih baik menunggu orang yang kita inginkan,
daripada memilih apa yang ada.
Lebih baik menunggu orang yang kita cintai,
daripada memuaskan diri dengan apa yang ada.
Lebih baik menunggu orang yang tepat,
kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah.
kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri.

Kebanyakan yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama,
dan penantian kita tidaklah sia-sia.

Walaupun menunggu memerlukan,
iamn, keberanian, dan harapan.
Penatian menjanjikan sesuatu yang berharga.

Tuhan dalam segala hikmat-Nya,
meminta kita menunggu.
Kerana cinta yang agung,
terus tumbuh selama-lamanya...

Post a Comment