Search This Blog

25 October, 2010

kahwin muda (final project parenting)

Kalau sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku. Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja. Jika zaman dulu-dulu, pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga dianggap sebagai perkara biasa, namun tidak pula di zaman siber ini. Mungkin juga kerana peluang pelajaran tidak seluas mana bagi anak gadis di zaman dulu. Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.Itu dulu. Kalau hari ini, anak gadis mahupun teruna berkahwin cepat, apa sebabnya? Rasanya ramai bersetuju, senario berkahwin muda bukan lagi pemandangan biasa. Peluang pendidikan yang lebih meluas, bagi lelaki dan wanita, keinginan mengecapi kejayaan dalam kerjaya mengatasi kehidupan berumahtangga, mungkin antara sebab ramai generasi hari ini `kurang berminat’ berkahwin pada usia muda. Semestinya, ramai yang beranggapan remaja yang berusia kurang daripada 20 tahun sebagai ‘mentah’ dan ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumahtangga serta menempuh pelbagai asam garam sebagai suami isteri.Menurut beberapa pasangan muda yg ditemubual, mereka tidak menyesal berkahwin muda, malah beranggapan status baru sebagai suami dan isteri itu lebih mematangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila bergelar ayah dan ibu.Mungkin benar, kata sesetengah pihak, usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh tanggungjawab. Yang penting, jangan berkahwin hanya kerana nafsu dan desakan cinta tetapi kerana sudah bersedia – mental, fizikal dan kewangan. Apa yang pasti, masing-masing baik lelaki mahupun perempuan perlu ada nilai dan peranan untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga.

Antara kebaikan apabila berkahwin awal adalah dapat meramaikan manusia atas muka bumi atau lebih spesifik lagi dapat membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Kebanyakkan ibubapa akan merancang bilakah masa yang sesuai untuk membuat anak. Oleh kerana ibubapa ini masih muda, tiada masalah bagi mereka untuk menghasilkan zuriat hingga ke enam hingga lapan orang anak. Selain itu, berkahwin muda dapat mengelakkan zina yang makin berluluasa di atas muka bumi ini. Seperti sedia maklum ramai remaja mempunyai pasangan. Sekeping hati yang mempunyai iman yang tebal dapat mengelakkan diri tidak terjerumus dengan zina ini. Oleh itu, ibubapa boleh mengahwinkan anak remaja mereka jika tidak mempunyai halangan.

Keburukan apabila berkahwin muda ini adalah peningkatan dalam penceraian. Kedua-dua belah pihak itu masih belum cukup matang untuk berfikiran panjang. Apakah akan jadi apabila mereka bercerai? Bagaimanakah anak-anak mereka? Soalan seperti ini tidak akan ada dalam fikiran mereka kerana masing-masing mempunyai ego tersendiri tambah pulak dengan panas baran. Si lelaki masih lagi rasa dirinya bujang. Balik lambat kerana melepak dengan kawan-kawannya. Si perempuan masih terasa seperti anak dara. Lalu melayan lelaki sana sini. Oleh itu, kebanyakkan pasangan akan rasa belum puas menikmati zaman remaja. Lalu becerai dan mendapat status janda atau duda di usia 20an.


Namun, di zaman globalisasi ini, kahwin muda kembali sebagai satu gaya hidup.Kajian Hubungan Etnik oleh sekumpulan pelajar tahun dua Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati perkahwinan membabitkan pasangan berusia bawah 20 tahun semakin meningkat khususnya di kalangan orang Melayu.Berpandukan kepada kajian itu, pergaulan bebas yang semakin berleluasa dikenal pasti sebagai faktor pemangkin kepada trend kahwin muda itu.Bagaimanapun, sering kali perkahwinan seperti itu dianggap satu jalan penyelesaian oleh pasangan yang terlanjur demi menyelamatkan maruah keluarga daripada tercemar.Budaya dan adat resam Melayu yang agak konservatif turut mempengaruhi penularan semula kahwin muda apabila masyarakat sering memandang serong terhadap anak gadis yang lambat bertemu jodoh.Sering kali mereka dilabel dengan pelbagai gelaran seperti andartu (anak dara tua), tak laku atau lebih sinis lagi, kena mandi bunga.Dalam konteks itu, desakan keluarga turut dianggap faktor peningkatan perkahwinan dalam usia muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir keluarga yang terlalu mementingkan darjat, susur galur dan agama.Terdapat dua faktor yang mendesak keluarga menamatkan zaman bujang anak. Pertama, kerana khuatir mereka tidak akan mendapat jodoh jika perkahwinan ditangguhkan dan kedua, bagi keluarga miskin di kawasan pedalaman, anak perempuan mahu dikahwinkan untuk mengurangkan beban.Kepercayaan anak perempuan tidak perlu bekerja dan hanya perlu menyerahkan untung nasib mereka kepada suami masih berlaku walaupun pada zaman yang kian global.Tidak kurang juga keluarga yang berpegang kepada pendapat perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak perempuan wajar dikahwinkan pada usia muda.Aspek perlindungan juga dikatakan memainkan peranan penting kerana ramai ibu bapa percaya anak gadis mereka akan dilindungi suami sebaik sahaja berumah tangga.Aspek itu lahir daripada kegusaran ibu bapa terhadap kemungkinan anak masing-masing diperkosa atau melakukan hubungan kelamin di luar ikatan perkahwinan. Agak menyedihkan apabila kajian yang sama mendapati keadaan itu wujud kerana pasangan dibelenggu nafsu semata-mata.
Saya mencadangkan bagi pasangan yang ingin berkahwin muda tidak salah kerana dalam hadis sudah mengatakan Rasulullah SAW sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku". Namun, haruslah pasangan itu mempunyai ilmu yang cukup didada tentang ilmu perkahwinan. Ini kerana dapat mengurangkan statistik peceraian di Malaysia. Pasangan haruslah mengetahui kebaikan dan keburukan sebelum berkahwin kerana dapat bersedia dari segi mental dan fizikal masing-masing. Perkahwinan bukanlah perkara remeh. Ia merupakan pergabungan antara dua buah keluarga menjadi satu, penyatuan dua hati untuk menyulam cinta dan teman sehingga hembusan nafas terakhir.
Post a Comment