Search This Blog

10 May, 2012

10 sifat calon suami yang baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat2 ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat2 ini.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.

2. Akhlaknya baik.seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturan yang sopan melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh mendekati dirinya kepada zina.

4. Amanah.Tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros,tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijak..

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain'

7. Pergaulan yang terbatas.tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan yang baik. rakan akan sentiasa dengan dia.so kalau kawan dia kurang baik..nanti boleh membawa die ke arah yang negative..

9. Bertanggungjawab. senang nak tengok bila die dengan keluarganya..seorang lelaki yang baik akan mengambil berat tentang keluarganya..

10. Wajah yang tenang. tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau time panic!:)

 

semoga dapat mencari permata yang bernilai dalam
hidup anda..:)

Post a Comment