Search This Blog

06 January, 2014

2013

Assalammualikum...
Yea..Nurul tahu..agak lama tak update.
Betul-betul sibuk dan menyibukkan diri dengan aktiviti..
2013 telah melabuhkan tirai, maka datangnya tahun 2014.

Nurul akui, tahun 2013 memang sangat memberi makna pada Nurul. Apa yang kita harapkan memang selalu tak akan dapat. Ingat lah pepatah ni..
Walau digenggam kuat,jika ia bukan milik kita, ia terlepas jua.
Walaupun di tolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia mendatang jua.
Tahun 2013, Nurul penuhi hari-hari terluang Nurul dengan aktiviti.
Jadi post kali ini, Nurul akan list kan apa yang Nurul dah lakukan.
1. Nanana.. Ganu kitaaaa. 
Nurul singgah rumah kawan baik Nurul di Kuala Terengganu. Original plan nak pigi Pulau. tapi disebabkan cuaca and cost agak kureng. Maka, kami just duduk di rumah kawan sahaja. hahaha.. (jimaaatttt cost)

2. NST Treasure Hunting



Team Nurul adalah GST. Kenapa GST? hahaha.. tu antara project ofis Nurul buat. Ni 1st time Nurul join treasure hunt. memang mencabar task. Nurul dah sampai blur sesangat! Walaupun takde dalam sinarai top 100.. Kami tetap enjoy!

3. Masak Rendang sendiri

*Rendang di atas belum kering lagi*.

Nurul selama ni tolong mak masak aja.. tapi tahun ni Nurul suruh mama rehat and Nurul nak buat sendiri. Dari kerisik sampai la kehabisan nya.. Alhamdulilah.. Ada lah rupa rendang. Kalau tetiba jadi Spaghetti Bolognese jenuh Nurul nak menjawab dengan tetamu.

4. Raya di Melaka


Selama ni Nurul akan beraya di kampong. Tapi disebabkan Tok tak sihat. Kami terbangkan tok untuk stay berpuasa dan beraya bersama cucu senget dia. First day of Raya kami pergi ke Afamosa. Memang time mandi ramai yang memandang senget terhadap kami. haha.. Nak buat mcm mana. Ramai sepupu sepapat di Kedah.

5. Hadiah Birthday

yea..memang tiap-tiap tahun akan dapat hadiah birthday. Tapi tahun ni best sebab dapat 24kuntum mawar merah. Tapi kalau nak tengok dari segi hadiah di atas, ada Nampak macam budak 24 tahun ke? hahahaha..yea..Nurul tahu jawapan anda..


6. Open House Office


Ini first time Nurul handle open house office. Memang planning dah rasa mcm kenduri kawin. Tinggal tak de pengantin aja..hahaha..
Nurul suka gambar atas sebab budak tu comel sesangat!!!

7. Walk Hunger


Serious.. Nurul tak tipu. Nurul sangatttt lapar.. and paling best kami amik short cut untuk balik awal. Program ni untuk berjalan 5km. tapi ada lah jugak orang nak tnjuk hebat lari pecut 100m.


 8. NST Food Hunting


* sopan nya gayaku..*

Game ini memang besssst! sebab makan!! mihahahha.. Sampai team Nurul terkejut tengok Nurul makan dengan cepat. Sampai ada yang kata Nurul GELOJOH. oh..ini hanya game. Kalau kawin buat perangai lagu ni mmg kena reject dengan mak mertua!


 9. TM Fun Run 

First time masuk lari 10km. Alhamdulilah dapat top 70 daripada 800..
tak sia-sia Nurul jogging petang malam demi untuk event ini.

Tips: bila marathon elak kan memakai tudung bawal. Result seperti di gambar atas. prhfff.. geram aku.

10. Kereta kemik


Malang nasib kereta Mama. Bila Nurul berlanggar dengan van. Padahal Van tu calar sikit. haizzz.. Terbang la duit..Terbang lah dikau tinggi!!!! hahaha..

11. Selamat Datang 2014


Nurul and eyka lepak Desa Park City untuk countdown. Niat hanya untuk tengok bunga api. Nurul sangat suka tengok bunga api. Nak beli mercun pop pop pun fikir dua tiga kali sebab mcm tak bernilai.

Alhamdulilah... Tamat sudah 2013.

Thank you for your time.

Post a Comment