Search This Blog

21 July, 2014

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian terdiri dari Pulau tercantik di Malaysia.

Atas sebab tu Nurul sanggup mengherat Syakirah untuk menemani. (nanti tak lepas dengan mak) heee~


Siap buat Costing untuk Si Syakirah. maklum la. Dia budak audit. kena la tunjuk semua costing. Baru dia agree nak ikut sekali.

Ini la costing Nurul bagi untuk Syakirah. Tergelak dia baca. Siap dengan tax okey. HAHA. Bila anda berkawan dengan budak finance dgn accounting. Ini lah jadinya. hahaha

First Day

Kami naik Bus dr Hentian Putra. Naik bas Mahligai RM50.00. Naik bus pukul 9.00 mlm. Memang syok la. tidoqqqq je. 

Sampai Hentian Besut pukul 5.00pg. Memang mamai la sat. Agak pelik sebab org sini cakap Kelantan. Aku expect diorg ckp Ganuuuug. 

Naik boat dr Hentian Besut sampai Pulau Perhentian memakan cost RM 70. Tapi kami dapat RM 50 shj. Kenyit-kenyit mata je. HAHA. 

Nurul sampai Pulau Perhentian Nurul tak sabar nak lompat rendam. Tapi dah terlampau panas terik. Nanti kulit tukar warna Negro pulak. hahaha. 

Pemandangan pada hari Pertama

Second Day

Pukul 7 pagi, terus kami terus lompat dalam laut. Memang kami dua sahaja yg mandi. Mat Salleh tak turun pulak. 



Pukul 10, xpedisi  kami bermula!
Agak kekok sebab semua dalam kumpulan yang ramai. Kami hanya berdua. (Mcm honeymoon pulak).

Ada 5 hentian disini. 

Coral Beach

Memang best. Waktu masuk dalam laut Nurul macam tak percaya. DALAM GILE! haha. 
Ada seorang Photographer (Shauqi) dalam tu. Dia yang snap gambar Nurul. 

Nurul dan anak-anak ikan. hahaha. 

Tetiba Nurul nampak dShauqi snap gambar orang ni without life jacket. Nurul terus pergi kat dia. 

Nurul : Abang, Saya pun nak jugak dalam air berenang mcm tu.
Shauqi: Awak boleh berenang? 
Nurul: Boleh! Berenang katak.
Shauqi: Buka lah life jacket. jom kita selam. 

Terus Nurul buka dan menunjuk aksi-aksi ala Ikan Dugong. 



Shark Point

Point sini Nurul macam takut. Ombak kuat and ada SHARK!!!!!! walaupun Baby. tapi... masih Shark weyh!

Dalam 10 minit timbul la Baby Shark yang deperkatakan. Dalam fikiran Nurul, "Baby Shark besar tu? Okey. Jom berenang pecut!"

Shark pandang serong terhadap manusia. 

Turtle Point

Nurul Tak sangka memang akan nampak turtle. Ingat kan ikut nasib. Tapi berketul-ketul Penyu di situ. Cuma sayang Nurul Tak dapat selam. Akibat mempunyai masalah hidung, Nurul memang tak boleh tahan dengan tekanan. 

Nurul: Abang. Saya nak gambar dengan penyu. Tapi saya tak boleh selam. Badan saya terapung je. Ringan kot. 
Shauqi: Jom! Kalau tak boleh Awak buat isyarat. 

Terus Shauqi tarik tangan and selam ke penyu. Tak boleh. Tak dapat nak tahan tekanan. Telinga Nurul ada darah sikit. huhu. Memaksa diri sungguh aku ni. 

Tetiba Penyu naik ke permukaan. Terus cepat-cepat Shauqi tarik Nurul ke Penyu. 

Ini lah hasilnya! :)

Lighthouse Point

Waktu ni Nurul dah letih. Nurul mempunyai masalah dengan goggle Nurul. Air boleh masuk. Peringatan, Jangan pakai tudung Ariani. Pakai La tudung bawal, Syiria atau selendang. Untuk mengelakkan jd Nasib mcm Nurul. 

Nurul lepak di boat. Tanya Driver boat tu. Tak ingat nama. -_-'

Driver Boat: Turun la. Rugi awak tak mandi sini. Paling cantik Coral dlm ni. 
Nurul: tak nak la.. letih dah la. Abang. Lighthouse atas tu tak boleh naik ke?
Driver Boat: Boleh je. Naik la kalau berani. Semua berani tingkat dua aja. 
Nurul: Saya nak naik boleh?
Driver Boat: Shauqi!!!!! Ada Budak nak naik tingkat atas. Amik gambar dia!

Bergigih la Nurul menaiki Puncak. Agak segan sebab ada dalam 7 boat memerhati Nurul. Semua agak terkejut bila Nurul naik sampai tingkat Tiga. 


Hati memikiran. Memang tinggggi sangat. Ingat tak nak turun. Tapi. Semua dah buat countdown untuk Nurul terpaksa terjun. Semua ni EGO. hahaha.. Demi menjaga maruah yang ada.. Nurul turun jugak la.

Nurul tak tahu macam mana org bunuh diri terjun bangunan, Gila gayat. Tapi Nurul nak buat lagi!!!!!

Nemo Point



Okey. Sini. Nurul totally out. Tak larat nak rendam. Lagipun dah terik panas petang. Driver Boat terus ajak Nurul menembak ikan Kerapu. 

Waktu Nak mencari ikan Kerapu Nurul Jumpa Baby Shark and Sea turtle. Perh! Nurul sampai sekrang tak percaya boleh berenang di lautan luas without life jacket. Ala-ala Mat salleh gitu... 

Dan kami dapat ikan lain. Nurul tak tahu nama ikan di lautan. Kat pasar tau la. -Cover-

Malam kami Makan Besar. tengok dalam costing kan ada. Tak de la besar sangat. Just makan ala-ala sweet couple gitu... hahaha

Third Day

Waktu untuk kembali ke alam realiti. Haiz. Perpisah jugak Nurul dengan Pulau ni. Nak kerja sini boleh?

Post a Comment