Search This Blog

14 October, 2014

Fitness sangat penting!!

Assalamualaikum.

Sekadar perkongsian sahaja.

Masa di sekolah Nurul mempunyai masalah berat badan. Oleh kerana malu dengan cemuhan dari orang ramai. Mama Nurul mendaftarkan Nurul ke Gym. Di situ memang Nampak perubahan dr segi fizikal dan fitness Nurul.

Korang ingat kan zaman sekolah ada Merentas Desa? Okey. Nurul sangat tak suka!!! Tapi meh Nurul berkongsi chronology Merentas Desa 7KM di sekolah menegah.

Form 1:             Tak dapat Number. * bila tak dapat number ni maksud nya atas dr 50 orang.

Form 2:            Buat- buat semput. Tak habiskan larian pun. Naik kereta cikgu. haha

Form 3:            No 40++ Nurul lupa. Tapi Nurul dapat number la yang penting.

Form 4:            No 7. *waktu ni semua org terkejut. sebab top 10 kena naik pentas ambil Medal.*

Form 5:            No 3. *senyum dengan bangga okey!*

Sejak habis sekolah Nurul akan cuba mengheret diri Nurul ke gym atau jogging.

Kawan-kawan. Sila la pergi jogging seminggu sekali. Riadah la senang cerita. Ada anak atau ada suami pun heret juga diorang, Nurul kecik2 memang dah kena heret pergi jogging oleh Mama. Tapi waktu darjah 5 and 6 Nurul agak MALAS nak ikut. haha.. Nasi makan 2 bungkus yang penting waktu tu. HAHA.

Beriadah bukan lah semata-mata mahukan kurus. Nak habaq mai ni. Berat Nurul tak de la turun pun. sejak Nurul sekolah dulu sampai sekarang. Tapi pertukaran lemak kepada muscle memang jelas ketara. lebih-lebih lagi pergi Gym.

Selain itu, Kita dapat rasakan stamina badan makin kuat. Cuba suruh orang yang kurus keding tak pernah jogging and orang berisi pergi jogging (mcm Nurul) naik tangga 3 tingkat. Siapa sampai dulu agak-agak? Walaupun anda kurus tak semestinya anda stamina kuat. Jangan sesekali ejek orang berisi tak kuat lari. HAHA.. *terasa*

Apa tunggu lagi? Mari kita mulakan nya lah!!!
Post a Comment