Search This Blog

13 January, 2015

Soalan Lazim Temuduga

Hai!

Setelah menjadi HR selama 2 tahun. Maka, Nurul ingin membantu Kepada adik adik yang sedang mencari kerja!

Nurul akan list kan Soalan Lazim and Jawapan yang perlu anda jawap! Sila patuhi okey. Bila anda bagi jawapan ngarut2 maka minda HR akan terus terbang.. Diorang dah tak focus dengan anda. Percayalah. ini bukan yang anda nak kan?





Macam biasa... Please introduce yourself.  Ini la soalan pertama Nurul akan tanya lepas introduce panel kepada candidate.

Point kepada jawapan ini:-

1. Kelulusan academic. sila elaborate major subject yang anda amik kat Uni dulu. Lepas tu mesti ada assignment yang memerlukan soft skill kan? SO cerita la yang anda taw guna UBS ke SPSS ke.. Masa kat Uni dulu anda join event apa.. Cerita yang pangkat besar2 sahaja key kepada budak2 yang aktif koko. Kat sini boleh nampak anda suka kerja dalam Group.

2. Kepada candidate yang pernah bekerja. Sila huraikan masa ni. apa Job Description anda. Tapi jangan nak tipu sangat key. Boleh detect org menipu ni. Bila di tanya lebih perinci terhadap tugas, terus Blur. Nampak sangat Ctrl+C and Ctrl+v dari encik Google.

3. Tiba masa untuk menjual diri. yea..dari awal anda kena jual diri.. lelong la sebanyak yang boleh. Kaitkan dari sudut academic dan pengalaman kepada jawatan yang di pohon.

Setelah menjual diri. Soalan dari Panel yang paling korang tak suka. "How much salary do you expect?"   Ha... jangan nak rendah diri and jawan " Cik bagi la berapa gaji pun.. saya tak kisah" haha.. ada hokey candidate bagi jawapan ni.. mmg sah2 Nurul plan nak bagi gaji minimum iaitu RM 900. haha..okey..ni kejam.

Jika anda telah bekerja, sila up kan gaji ke 15% MINIMUM!!! jangan letak 5-10%.  Sebab pihak HR akan amik gaji yang paling minimum anda letak. Meh kita main mathematics. Nurul dulu tutor Business Math. *takde kaitan*

Current Salary: RM 2, 000.00
Increase by 15%: RM2, 000 x 1.15 = RM 2,300.00

So anda letak kat column expected salary =RM 2,3000.00. Katakan anda kata boleh Nego. mungkin HR akan cakap Gaji anda RM2, 200.00. and kalau kejam sikit RM 2, 100.00 . So pandai pandai la anda fikir tentang financial anda.

Soalan terakhir! "Do you have any question?"   yea,, Sebagai HR Nurul suka candidate tak tanya. nampak sangat anda sangaaaat Fresh! haha.. tapi seboleh nya. Sila tanya.
HR dah banyak tanya anda. tak kan tak nak tanya??

Ini senarai soalan lazim candidate tanya:
1. Apa tugas saya jika saya terpilih untuk jawatan ini.
2. Apa benefit yang company tawarkan?
3. Bila boleh saya tahu jawapan tentang jawatan yang saya pohon?

Dah..Kalau nak bodek2 tanya la lebih. "Berapa lama Cik HR kerja si syarikat ini?" sambil kenyit mata. HAHAHA! tampar nak?

Okey.. dah la.. ini sahaja yang Nurul nak betulkan kesilapan dari fresh grads yang suka bagi jawapan tak best.

Harap dapat menolong. Kalau nak Tips lebih boleh tanya kat Nurul.. Nurul nak share pengalaman and ilmu sahaja.. :)

Selamat mencari kerja!


Post a Comment