Search This Blog

17 February, 2015

2014

Assalammualikum...

eeh.. dah February! 

Apa pasal nak update 2014 punya cerita?

heee.. saja je.. *sengih*


1. Burden Run -10KM

Dengan ini, saya. Nurul Hamiza. Serik tak kan masuk Burden Run. 
Disebabkan event ini, Mama kena urut leher anak dia selama 3 hari 3 malam. 
Berlari 10KM sambil membawa sanbag seberat 7kg. Sejak itu, Mama suka suruh Nurul bawa beras sekampit dari cashier ke kereta kat Tesco.




2. 1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace


Satu team hanya boleh dua org. Nurul join event ni dengan kawan kerja Nurul. Memang gile penat~ satu KL habis kami masuk. and tangan Nurul habis berbelang belang. hoho.. 


3. Putrajaya Tourism Hunt 2014

Tahun lepas Group Nurul diberi nama GST. Atas sebab tak nak ada kaitan politik. kami pun tukar nama group. Tapi si ketua Rashid tak nak bagi tahu nama group kami apa. Jadi punya la teka teki. 


Organizer: Group 33
Fadzli: Saya wakil group!
Organizer: Mana Myvi Kuning yang lain?
Fadzli: Ada tengah parking lah.
Organizer: okey... *krik krik*

Rupa rupanya. Group Nurul nama Myvi Kuning. haha.. Sebab kereta yang digunakan adalah Little Minion! *ada nama okey*







4. Samsung MyGearfit

Sanggup berlari atas Treadmill 5km maximum 30 minutes. Apa yang Nurul boleh buat. 4.83KM sahaja. *paling tinggi untuk perempuan okey..*




5. Energizer Night Race 2014 -15KM
Orang semua sibuk makan rendang dan makan ketupat. Nurul sibuk berlari. Serious. Sangat best lari malam malam ni.. Sejuk! hehe..



6. 11.08KM Merdeka Run

31 August 2014. Genap umur Nurul 25 Tahun. Nurul berlari dengan bahagia di Sepang. Bukan cerebrate makan cake, hehe.. 



7. 2xu Compression Run - 21KM

First Nurul masuk half marathon. Si rambut kerinting tu Rashid, Dia lah cabar Nurul untuk masuk. Apa lagi. Jangan di cabar diriku ini. hahaha.. Terus Nurul daftar! tapi yang syok nya.. Timing Nurul lagi cepat dari si Rashid. Kih3...2 jam 38 minute. itu record untuk 1st lari half marathon. 
8. Team Fun Run 2014 - 10KM

Betul kata Rashid. Bila dah masuk Half Marathon. 10km seumpama jogging harian. Nurul takde la lari pecut. Cuma Nurul boleh lari tanpa semput macam dulu -dulu. Nurul dapat Number 36 dari 1058 peserta. 



9. KL Fabulous Food Hunt 2014

MyVi Kuning kembali beraksi untuk tahun ini. Ini kali kedua Nurul join event ni. Kami dah pasang strategy yang cukup baik punya! Mana boleh cakap! 
Game ni best! cari kedai makan dan makan secepat yang boleh! HAHA.. jangan di ingat perempuan tak boleh hokey!
hehehe... Dan kami dapat 22nd place. Hanya Top 30 akan naik pentas and dapat wang tunai. 

1. Kedai Makan Murah Meriah, Kampung Baru (Rashid)
    Menu: Nasi Lemak, Sambal (pedas gila), Air Sirap

2. MZ Darulnaim, Chow Kit ( Fadzli)
    Menu: Nasi, Masak Cili Api, Air ais

3. Dapur Muar Assam Pedas, Platinum Walk Danau Kota (Nurul)
   Menu: Nasi, Pari Asam Pedas, Air Sirap

4. Kaw - Kaw Burger Bakar, Wangsa Maju ( Nurul) 
   Menu: Burger goreng

5. Restoran Asam Pedas, Setiawangsa ( Siti)
   Menu: Mee Bandung dan Kopi Ais

6. Sup Meletup, Bandar Sri Permaisuri (Siti)
   Menu: Mihun Sup

7. Mie Cord Char Koay Teow, Sg Punchala (Fadzli)
   Menu: Char Kiew Tioe (PANAS GILE)

8. Family Corner, Bandar Tun Razak (Rashid)
   Menu: Asam Laksa

9. Laxana Catering , Kompleks Kraf KL (Nurul)
   Menu: Nasi, Tempoyak, Cili Padi seketul. 

Ni la list task yang kami buat sambil kami kena buat dua puzzle yang perlu disiapkan. Pergh.. memang ni la treasure hunt Nurul suka!





10. BSN Night Putrajaya Marathon 2014 -5KM

Ini sangat bosan. Nurul join 5KM. Esok pagi Nurul nak lari 21KM pulak. Tapi takpe,, Nurul anggap Nurul berjogging di Putrajaya, 



11. Standard Charted KL Marathon -21KM

Waktu Ni sangat memalukan. Baju Nurul koyak di bahagian Ketiak. hihihi.. Peluh berasid kut? Terpaksa la Nurul berlari sambil kepit. Dah mcm penguin Nurul rasa. Hahaha!



12. Park City Run 2014 -10KM

Ini la tempat Nurul jogging 6KM tiap tiap petang. Bukan setakat jogging je. Dating pun best! hehehe.. Takde apa yang special Marathon ni. Biasa je.. 

Ini adalah penutup untuk marathon Nurul. :) 



Syukur Alhamdulilah kerana Nurul masih lagi boleh berlari. Tahun 2015 Nurul akan masuk full marathon. Nak rasa juga lutut tercabut macam mana. hehe.

 Tahun 2015 ni last Nurul nak lari gila  mcm ini. Nurul akan pencen pada tahun 2016. Nurul dah kena minta izin dari Si Suami. Tapi awak...saya masuk 5KM pun jadi la..pleaseeeee.. *wink wink*




Post a Comment