Search This Blog

27 February, 2015

Project 2015: Gunung Kinabalu

Salam Bah.

Untuk Kali kedua Nurul berjaya menawan Gunung Kinabalu.

Kali ni Nurul pergi ikut Mersilau Trail. balik ikut Timpohon Trail.
Beza? Perh...ikut Mersilau memang best, cantik sangat sebab boleh nampak Gunung Kinabalu. Tapi trail dia agak penat sebab naik turun naik turun.

Memang Mersilau lagi jauh. So bila bertembung dgn budak2 lalu dari Timpohon Trail agak demotivated sebab kita dah jalan 6KM sedang kan diorg baru 4KM. Tapi takde hal la.. jalan je la labu... hahaha..



Inilah laluan nak ke Laban Rata.




Memang langkah sangat tinggi..Tapi Nurul ada tips nak bagi.

Masa berjalan jangan pandang atas. Just pandang kaki sebab nak tengok batu batu korang nak pijak. Kalau korang pandang ke atas, korang akan demotivate sbb korang akan nampak.. "tinggi nya!" "jauhnya!" so.. baik korang jalan tengopk kasut korang yang lawa tu.


Bila korang nampak view ni, maksudnya dah sampai la ke Laban Rata.. cantik kan??!

Okey. Nurul nampak banyak yang suka bawak barang terlebih naik ke laban rata. Sebenarnya Nurul bawak benda yang perlu je. Baju and choclate dua ketul. Bukan satu packet okey! Memang pendaki perlu untuk tidu awal. so lepas maghrib je terus duduk kat katil and tidur! Tapi memang awal kan? so bawa la ubat cold and flu yang mengantuk. Telan la 2 biji. Dapat la anda tidur dengan nyenyak! hehehe.. 

Pukul 2 pagi semua pendaki dah ready nak "supper". Pukul tiga pagi semua pendaki akan begerak naik ke 2KM ke puncak!


Tips! Waktu jalan tu. seeloknya jangan berhenti! nanti korang jadi ice. Bak kata guide Nurul. haha,,,over sangat dia cakap. haha.. 

Subuh di atas puncak sangat syahdu. Nurul setkan azan subuh di handphone. jadi azan berkumandang di atas puncak memang terbaik. Just suruh guide korang carikan tempat rata untuk solat. selalu di 8KM tu memang dah cantik untuk solat sebab batu rata. 

Nurul sampai di puncak pukul 5.45pagi. tapi Nurul sangat sejuk nak tunggu kat atas. Jadi Nurul panaskan diri di celahan batu batu belah batu bertakup. 

Waktu tu nampak matahari terbit. adoi.. romantic pulak. Seronok kalau yang datang tu suami isteri. Dapat tengok matahari atas gunung. Gambar takde la.. Beku sangat nak keluarkan. hahaha!







Tamat! good luck pada siapa yang nak naik Gunung yea!!



*Gambar hiasan!*


Post a Comment